Hollman, lokasi rahsia ratusan koleksi kereta super ‘mewah’ bernilai RM168 juta

2530
Pengumpul kereta kebiasaannya mempunyai kemampuan dari segi wang ringgit sehingga sanggup berbelanja besar demi memiliki kereta model eksklusif, lebih-lebih lagi edisi terhad.
 
 
Menerusi perkongsian akaun Youtube, Novitec Group yang menunjukkan sebuah lokasi gudang simpanan kereta mewah.
 
Gudang tersebut dimiliki oleh Hollman International iaitu wakil jualan kenderaan mewah terbesar di Eropah bahkan mungkin juga di dunia. Jadi tidak hairan, Hollman menyimpan barisan kenderaan super mewah dan ‘rare’
 
Nilai keseluruhan koleksi kenderaan itu dianggarkan AS40 juta (RM168 juta), dan memiliki kereta paling berharga di dunia melebihi USD1 juta (RM4.2 juta).
 
Menerusi perkongsian tersebut, memaparkan pelbagai koleksi kenderaan yang ditawarkan dalam unit edisi terhad dan ada yang dikeluarkan tidak lebih daripada 10 unit seluruh dunia.
 
Barisan kenderaan yang disimpan di gudang tersebut bermula daripada SUV mewah hinggalah ke hypercar termasuk van, sedan dan coupe.
 
Antaranya Porsche 911, Ferrari SF90 yang hanya 500 unit dihasilkan, Mercedes Maybach berwarna hitam, Bentley dengan reka bentuk yang estetik, Lamborghini SJV yang dianggap paling berprestasi di trek perlumbaan Itali, McLaren dan Rolls Royce.
 

Salah satu kenderaan yang paling luar biasa dalam keseluruhan koleksi ialah Bugatti Divo yang ditutupi dengan selimut yang tertera perkataan “Divo”.

Hypercar tersebut dianggarkan bernilai USD5.4 juta (RM22 juta) yang merangkumi kira-kira 13.5 peratus daripada nilai keseluruhan koleksi. Ia merupakan koleksi kereta yang sangat hebat!. 

VIDEO



Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here