[Video] Geng basikal pula persenda OKU, Naim Daniel kata macam monyet!

2894

Selepas video lelaki berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU)  bagi meletakkan kenderaan di petak khas, terkini muncul pula giliran geng basikal wanita mempersendakan golongan tersebut.

Video wanita berkenaan tular di media sosial yang menunjukkan mereka berlakon sebagai OKU untuk menggunakan tandas yang dikhaskan buat golongan tersebut di sebuah stesen minyak.

Turut kedengaran suara perakam dan wanita terbabit bergelak ketawa dengan kelakuan tersebut.



Selain itu, tindakan berkenaan turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi Naim Daniel yang menurutnya seakan-akan ‘monyet’ kerana memerli golongan OKU.

Video yang dimuatnaik akaun TikTok @j0ker896 itu juga mendapat kritikan netizen yang menyelar tindakan geng basikal tersebut. 

“Beli basikal berbelas ribu, gadai otak rasanya mereka ini.”

“Spesis begini, mereka lupa bahawa bila-bila masa sahaja mereka boleh tergolong dalam golongan OKU. Tak kerana penyakit, kemalangan. Memperlekehkan manusia, ambil hak golongan OKU. Kena pada diri sendiri atau ahli keluarga sendiri baru mereka tahu.”

@j0ker896

♬ bunyi asal – user6996176328663 – user6996176328663

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here