Polis cari dua wanita dan dua lelaki persenda golongan OKU

4092

Selepas tular dua rakaman video mempersendakan Orang Kurang Upaya (OKU) di media sosial, polis kini sedang mengesan dua wanita dan dua lelaki yang terlibat dalam dua video berasingan itu.

Tindakan itu diambil susulan laporan polis dibuat seorang wanita berhubung tindakan mereka yang turut dipercayai menyalahgunakan kemudahan OKU dalam video itu.



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata video pertama dimuat naik dilakonkan dua lelaki yang berlagak sebagai OKU dan mempersendakan tempat letak kereta OKU di sebuah pusat beli belah di ibu kota.

“Mereka didapati mengajuk perbuatan OKU selepas berjaya meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta di situ.

“Satu lagi video memaparkan dua wanita menyalahgunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak. Mereka juga bertindak mengajuk perbuatan seolah-olah mereka adalah OKU fizikal yang tempang,” katanya. 

Pengadu yang membuat laporan polis beranggapan semua individu terbabit menghina golongan OKU di negara ini dan secara terang-terangan serta tanpa rasa bersalah menggunakan warga OKU sebagai bahan bagi menarik perhatian pengguna di media sosial.

Kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia kerana kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dengan penggunaan media sosial secara tidak wajar.

Tindakan tegas berlandaskan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482206.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here