Polis: Trafik sistem sesak, bayar secara dalam talian di luar waktu puncak

1957

Orang ramai yang ingin mengambil peluang membayar saman dalam tempoh diskaun yang ditawarkan oleh pihak polis diminta membuat bayaran secara dalam talian di luar waktu puncak.

Susulan ramai pengguna yang ingin menjelaskan saman mereka semalam (9 Disember) menyebabkan kesesakan kepada sistem bayaran saman secara dalam talian, portal, aplikasi mudah alih MyBayar Saman.



Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata sistem pembayaran secara dalam talian beroperasi 24 jam sepanjang tempoh tawaran kompaun.

“Mana-mana pihak yang gagal mengakses portal atau aplikasi berkenaan supaya membuat pembayaran di luar waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan kepada capaian sistem bayaran saman secara dalam talian,” jelasnya.

Selain itu, bayaran kompaun boleh dilakukan di kaunter Polis Diraja Malaysia (PDRM) KLCC, Kaunter Bayaran Saman Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen di seluruh negara, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Kaunter bayaran saman tersebut juga akan terus beroperasi termasuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini sepanjang tempoh sambutan 100 Hari Keluarga Malaysia dari 9 hingga 12 Disember 2021.

Pihak polis juga meminta orang ramai yang  berurusan di kaunter bayaran saman untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19. 

Sementara itu, kami cuba untuk mendaftar akaun menerusi aplikasi Mybayar Saman sekitar 1 petang 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here