Polis cari rider ‘karate’ cermin sisi Perodua Myvi

2812

Pihak polis sedang mengesan penunggang motosikal yang merosakkan cermin sisi sebuah Perodua Myvi, selepas video lelaki tersebut tular di media sosial. 

Kejadian tersebut difahamkan berlaku apabila penunggang motosikal tersebut berang kerana pemandu Myvi itu menukar lorong secara mengejut dan bertindak mematahkan cermin sisi kereta berkenaan ketika di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.



Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715, dilihat kereta Myvi tersebut dipandu perlahan sebelum pemandu bertindak menukar lorong, dan motosikal yang ditunggang lelaki tersebut kemudian datang dari arah kiri terus memasuki lorong kanan tersebut sehingga kedua-dua kenderaan itu hampir berlanggar.

Bagaimanapun, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kini sedang menjalankan siasatan berkenaan kejadian berkenaan dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di 03-21159999 atau mana-mana balai berhampiran.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here