Minyak pelincir Petronas kini boleh didapati di Shopee dan Lazada

1368

Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB), kini mengembangkan lagi rangkaian capaian produknya menerusi platform e-dagang.

Selain oleh didapati di Shopee sejak pertengahan tahun lalu, minyak pelincir Petronas juga boleh didapati di platform e-dagang Lazada. 



Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai produk premium mengikut jenis kenderaan dan kelikatan, termasuk produk bersintetik penuh, semi sintetik atau mineral.

Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB Hardeep Singh berkata, ia merupakan usaha Petronas dalam memastikan pelanggan sentiasa mendapatkan minyak enjin 

“Menerusi platform e-dagang, para pelanggan kini boleh mendapatkan pelbagai minyak enjin Petronas dengan lebih mudah, cepat, dan diyakini,” katanya.

Selain itu, baucar perkhidmatan servis kereta Petronas AutoExpert juga diperkenalkan
di platform e-dagang Lazada, bermula 12 December 2021. Keseluruhan transaksi dan
urusan janji temu dilakukan atas talian dan melalui platform rasmi Petronas Official
Store.

Dengan harga yang berpatutan, pelanggan bakal menerima hadiah eksklusif seperti beg tahan sejuk, beg pinggang, payung dan pelekat bagi setiap pembelian produk Petronas Syntium dan Petronas Sprinta serta perkhidmatan di Petronas AutoExpert.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here