[Video] Beg kena ragut, wanita ini pantas rembat motor peragut!

2778

Kebanyakan mangsa ragut adalah wanita yang berjalan kaki, berbasikal atau menunggang motosikal. Mangsa biasanya menyandang beg di bahu yang mudah menjadi sasaran selain tidak melawan kembali.

Bagaimanapun, satu kejadian yang dipercayai berlaku di Jambret, Indonesia menarik perhatian apabila mangsa ragut seorang wanita bertindak bijak dan pantas ketika begnya diragut. 



Video yang dimuat naik di akaun Instagram @memomedsos itu menunjukkan wanita yang yang dikenali sebagai Syania itu berjalan dan menyandang beg tangan berwarna hitam sambil menggunakan telefon bimbit.

Ketika dia sedang menunggu rakannya, muncul dua lelaki yang menunggang motosikal di belakang mangsa. Penumpang motor tersebut mendekati lalu meragut beg tangan mangsa sehingga berlakunya pergelutan. 

Ketika itulah rakan suspek yang menunggang motosikal segera datang membantu rakannya. Siapa sangka Syania ‘panjang akal’ apabila melepaskan beg tangannya dan melarikan motosikal peragut berkenaan. 

Terkejut dengan keadaan itu, peragut tersebut cuba mengejar Syania yang sudah memecut laju sehingga mengundang tawa individu yang menunjukkan video dari kamera litar tertutup (CCTV) itu.

Apa yang terjadi selepas itu tidak dapat dipastikan, ada yang berpendapat kejadian tersebut seperti dirancang atau lakonan untuk jadikan konten.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here