Tunda kereta terbalik, polis beri jawapan ini…

1580

Baru-baru ini tular video yang menunjukkan trak tunda polis menunda sebuah Proton Saga BLM putih dalam keadaan terbalik di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

@yishao2

♬ 原聲 – 義少 – 義少

Video 5 saat berkenaan mengundang kecaman daripada pihak netizen, justeru itu pihak polis tampil memberi penjelasan keadaan yang berlaku.



Menurut siaran media yang dikeluarkan di akaun Facebook JSPT KL, polis terpaksa menunda kereta terbabit dalam keadaan terbalik bagi mengelak tayar kenderaan tersebut tersangkut dalam longkang di Jalan Syed Putra.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata kereta jenis Proton Saga itu tidak boleh digerakkan ke posisi asal kerana halangan longkang.

“Jika kereta tersebut ditarik pada posisi asal, berkemungkinan tayar belakang akan tersangkut dalam longkang itu.

“Motokar tersebut tidak boleh digerakkan ke posisi asal disebabkan terdapat longkang yang mana sekiranya ditarik pada posisi tersebut, kemungkinan kedua-dua tayar belakang akan tersangkut dalam longkang,” jelasnya.

Pihak polis juga sudah mendapatkan persetujuan pemilik dan kenderaan tersebut ditarik sejauh lima meter di atas jalan raya, diberhentikan dan diterbalikkan semula ke posisi asal oleh anggota JSPT dengan bantuan orang awam. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here