Orang ramai termasuk Kim K marah pemandu treler dijatuhi hukuman penjara 110 tahun

7050

Seorang pemandu treler, Rogel Aguilera-Mederos, 26 dijatuhi hukuman penjara 110 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kemalangan ngeri di Colorado, Amerika Syarikat (AS).

Kes tersebut mendapat perhatian rakyat AS dan mengundang kemarahan orang awam atas keputusan pihak mahkamah. Malah Lebih 4.6 juta orang menandatangani petisyen secara atas talian termasuk Kim Kardashian yang meminta hukuman penjara dikurangkan.



Difahamkan, Kardashian yang sedang menjalani latihan untuk menjadi seorang peguam menghubungi Gabenor Colorado, Jared Polis untuk meminta beliau campur tangan.

“Undang-undang Colorado benar-benar perlu diubah dan ini sangat tidak adil,” katanya di Twitter.

Dalam kejadian pada 2019, treler yang dipandu Aguilera-Mederos hilang kawalan dan merempuh sejumlah kenderaan lain mengakibatkan 28 kereta bertindan, enam mangsa cedera dan empat orang terbunuh.

Aguilera-Mederos didapati bersalah dengan 27 pertuduhan termasuk menyebabkan kematian dan penjara 110 tahun dikatakan hukuman minimum mandatori di bawah undang-undang Colorado.

Bagaimanapun, dilaporkan pihak mahkamah menerima permohonan pengampunan bagi pertimbangan semula hukuman kes atas Rogel Aguilera-Mederos dan perbicaraan semula dijadualkan pada Isnin, 27 Disember.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here