Banjir: KPDNHEP beri amaran agar bengkel tidak kenakan caj melampau

1304

Banyak kenderaan rosak dan musnah akibat banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Malah, disebabkan ramai yang tidak mengambil insurans perlindungan bencana alam (perils), pemilik yang terkesan terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi kos baik pulih. 



Bimbang dengan pengusaha bengkel yang mengambil kesempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan pemilik bengkel agar tidak mengenakan caj melampau.

Kesemua peniaga bengkel perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002, Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Bagi mereka yang melanggar peraturan-peraturan tersebut boleh disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisma untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah) 2018.

Pengguna turut dinasihatkan supaya berhati-hati dan dapatkan harga anggaraan kos baik pulih secara bertulis daripada peniaga. Kenderaan yang masih memiliki waranti, disarankan untuk mendapatkan perkhidmatan pembaikan di Pusat Servis Kenderaan yang berkaitan.

“Pemantauan ke atas premis-premis perniagaan kenderaan bermotor akan dipertingkatkan bagi memastikan hak pengguna dilindungi.

“Sepanjang tahun ini, sebanyak 76 kes melibatkan nilai kompaun RM21,250 susulan 570 pemeriksaan di seluruh negera,”  kata Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam.

Sekiranya pemilik kenderaan yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berhubung perkara ini boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP melalui saluran aduan iaitu:

  • WhatsApp:019-2794317 / Pusat panggilan: 1-800-886-800.
  • Layari Portal aduan, e-aduan.kpdnhep.gov.my
  • Ez ADU KPDNHEP; Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 atau emel e-aduan@kpdnhep.gov.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here