Abang Viva viral hanya bawa RM50, tidur dalam bot 5-hari bagi bantu mangsa banjir

2080

Ketika beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dilanda banjir ramai individu yang datang membantu bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap. 

Semangat tolong menolong dalam kalangan rakyat itu mencetuskan tanda pagar #rakyatbanturakyat dalam media sosial. Salah seorang individu yang terawal datang membantu seorang pemuda yang datang dari Melaka. 



Bahkan, jika anda melihat semula jejak digital banjir yang lalu, foto lelaki tersebut yang memaki baju merah berdiri di depan kereta Perodua Vivanya tular di media sosial.

Kapsyen imej tersebut ringkas yang menyatakan, “Abang Azwan ni datang dari Melaka bawak bot dia turun bagi bantuan dekat Shah Alam pagi tadi lepastu dia turun backup Puchong, and sekarang dia nak ke Sri Muda pulak untuk bantu mangsa disana.”

Dia hanya datang seorang diri membawa bot persendirian dan kisahnya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia dan digelar sebagai unsung hero. Menerusi video perkongsian salah satu video Abang Azwan begitu merendah diri walaupun diketahui dirinya sudah tular.

Selain itu, perkongsian Facebook Dr. Abdel Rahmanov menjelaskan nama sebenar Abang Viva berkenaan ialah Azwan Omar.

Dengan hanya berbekalkan duit RM50, Azwan datang dari Melaka menggunakan kereta Viva dan meletakkan bot di atas bumbung keretanya.
 
“Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perut.
 
“Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan,” jelasnya.
 
 
Azwan yang bekerja sebagai operator mesin itu memohon cuti kecemasan hanya untuk menyelamatkan mangsa banjir dan sejak lima hari membantu mangsa banjir, dia hanya mengalas perut dengan roti dan air serta tidur dalam botnya. 
 
Walaupun menerima wang derma daripada orang ramai setelah mendengar cerita tersebut, Azwan keberatan untuk menerimanya dan sebahagian besar wang didermakan ke badan kebajikan.
 
“Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir,” kata Azwan.
 

 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here