Honda Malaysia perkenalkan minyak enjin Gred SP baharu – Tingkatkan perlindungan enjin lebih baik

1557

Bagi memberi perlindungan dan prestasi yang optimum kepada pelanggannya, Honda Malaysia memperkenalkan minyak pelincir enjin baharu dengan Gred SP.

Pengenalan itu untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan berkualiti tinggi kepada pelanggan dan ia juga boleh memenuhi keperluan enjin kenderaan masa kini.

Minyak enjin Gred SP membolehkan enjin Honda memberikan prestasi yang stabil dan penjimatan bahan api lebih baik sambil memanjangkan jangka hayatnya.



Ia akan menggantikan julat Gred SN sedia ada kecuali untuk SN 0W-30 Fully-Synthetic yang masih boleh didapati untuk kereta dengan enjin berprestasi tinggi seperti Civic Type R.

Minyak Gred SP itu sesuai digunakan untuk kebanyakan enjin petrol dan pengecas turbo yang mana ia diluluskan dan disyorkan oleh Honda Research & Development (R&D). 

Rangkaian minyak baharu dirumus untuk memenuhi semua keperluan enjin Honda dan memenuhi piawaian terkini yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API). 

Ia meningkatkan perlindungan terhadap pra-pencucuhan kelajuan rendah (LSPI) serta fenomena pembakaran tidak normal yang boleh menyebabkan kerosakan ketara pada enjin.

Minyak enjin Gred SP juga dilengkapi dengan perlindungan haus rantai pemasaan untuk meminimumkan pemanjangan rantai pemasaan, selain memberi perlindungan mendapan suhu tinggi yang lebih baik untuk omboh dan pengecas turbo.

Selain itu, minyak kelikatan rendah seperti SP 0W-20 Fully-Synthetic membolehkan enjin memaksimumkan kecekapan sambil memberikan perlindungan peringkat tinggi untuk komponen enjin utama.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana daripada 102 pengedar sah Honda di seluruh negara, menghubungi di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my atau muat turun Aplikasi HondaTouch.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here