Bengang kos baiki bateri RM95k, pemilik Tesla ini letupkan keretanya, PUAS HATI!

1990

Tesla yang menerajui pasaran kereta elektrik dunia sering kali dikaitkan dengan kos alat ganti yang mahal dan ini mendatangkan rasa ‘geram’ dalam kalangan pengguna. 

Selain itu, ada antara pengguna Tesla yang merungut tentang masalah kualiti, isu perisian, sistem autopilot dan perkhidmatan di media sosial.



Malah mencetuskan protes dalam kalangan pelanggan, sepertimana seorang pemilik di Finland meletupkan Tesla Model S miliknya selepas mendapati kos menggantikan keseluruhan sel bateri mencecah EUR20,000 (RM 95,004.83).

Menurut Tuomas Katainen, Model S yang berharga kira-kira AS95,000 (RM 398,563) dibeli pada tahun 2013 dan jarak pemanduannya mencecah 1496.7 kilometer sebelum mengalami kerosakkan.

Disebabkan demikian, Tuomas Katainen berfikir untuk meletupkan kereta tersebut dengan mendapatkan bantuan daripada pasukan lagak ngeri yang menjalankan rancangan realiti di saluran Youtube Pommijätkät.

Menerusi video berdurasi 8 minit 26 saat tersebut, pasukan lagak ngeri itu meletupkan kereta itu di sebuah bekas tapak kuari di kawasan bersalji menggunakan 30kg bahan letupan pada badan kereta dan hanya beberapa saat kereta tersebut bertukar jadi debu.

‘’Jadi saya beritahu mereka saya akan mengambilnya tanpa dibaiki. Namun, saya akan meletupkannya,’’ kata Tuomas.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here