Doktor wanita trauma Perodua Axia terbabas ke laut

2111

Doktor wanita yang bertugas di sebuah klinik swasta, Kuala Nerus, Terengganu berdepan detik cemas apabila Perodua Axia yang dipandunya terjunam ke laut, awal pagi tadi. 

Kejadian berlaku ketika wanita itu dikatakan dalam perjalanan untuk merawat pesakit dari arah Kampung Mengabang Telipot sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4 pagi.



Tiba di lokasi, keretanya dikatakan terbabas ke tebing sebaik mendekati selekoh tajam sebelum terjunam ke pantai dari ketinggian kira-kira lima meter di Kampung Kolam. 

Rakan mangsa, Mohd Azwan Jusoh, 38, berkata sebaik menerima panggilan suami wanita terbabit dia segera menuju ke lokasi kejadian kerana suami mangsa berada di luar kawasan.

“Saya terkejut apabila melihat kereta mangsa berada dalam air selain turut dipukul ombak.

“Saya bersyukur kerana isteri rakan tidak cedera, namun dia berada dalam keadaan trauma dan ditenteramkan kakaknya yang tiba di tempat kejadian sebelum dibawa pulang ke rumah,” katanya.

Difahamkan wanita berusia 30-an itu jarang memandu seorang diri dan sering dihantar suami ke tempat kerja. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian.

“Bagaimanapun, polis ada menerima maklumat sebuah kereta berada di kawasan pantai di lokasi kejadian dan belum mengenal pasti bagaimana kejadian berlaku,” katanya.

SUMBER FOTO: FB Zakaria Hasim

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here