Bimbang diserang, Mercedes-Maybach S650 Guard PM India dilengkapi ciri kalis peluru

2000

Setiap kali pilihan raya, bengkel kereta di India dipenuhi dengan permintaan naik taraf kalis peluru kenderaan kerana tempoh berkenaan paling bahaya buat ahli politik.

Sebelum ini, Perdana Menteri India pernah dibunuh bahkan konvoi kenderaan ahli politik dan pegawai parti politik diserang. Berdasarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India menunjukkan lebih 100 ahli politik atau pegawai parti dibunuh pada 2016.



Baru-baru ini, Perdana Menteri India, Narendra Modi dilihat hadir dengan sebuah Mercedes-Maybach S650 Guard di Kota Hyderabad, India bagi menyambut kedatangan Presiden Putin.

Maybach S650 Guard keluaran 2019 itu berharga sekitar India rupee 10.5 crore (RM5.8 juta) yang merupakan kenderaan awam kalis peluru paling mahal dihasilkan.

Namun, ia dipertingkatkan dari ciri keselamatan dengan menawarkan tahap keselamatan VR10 mengikut piawaian terkini iaitu VPAM BRV (2009) untuk menahan serangan tembakan rifle.

Ia juga menawarkan perlindungan bahan letupan VPAM ERV (Explosive Resistant Vehicles) 2010 di bahagian bumbung, lantai, dan sisi kereta bagi melindungi penumpang daripada letupan 15kg TNT dari jarak dua meter.

Maybach S650 Guard tersebut juga dilengkapi dengan casis yang kukuh iaitu sejenis keluli khas, tingkap kereta pula disalut dengan bahan lutsinar polikarbonat yang boleh menahan dan menangkis peluru serta serpihan letupan.

Selain itu, kabin juga diisi dengan udara segar untuk menahan serangan gas. Manakala, tangki bahan bakar disalut dengan bahan khas yang menutup lubang secara automatik jika berlaku letupan.

Mercedes-Maybach S650 Guard tersebut dikuasakan enjin V12 6.0 liter pengecas turbo berkembar yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 523hp dan tork 830Nm. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here