Menteri Pertahanan: Beli 55 unit enjin bot persediaan gelombang kedua banjir

1171
Menerusi pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuat pembelian kecemasan sebanyak 55 unit Outboard Motors (OBM) atau enjin bot.
 
 
Kesemua enjin berkenaan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai peningkatan kepada kesiapsiagaan ATM bagi menghadapi gelombang kedua banjir sekiranya berlaku.
 
Selain itu, ia juga boleh dimanfaatkan untuk memindahkan mangsa banjir serta menghantar makanan dan barang keperluan di kawasan banjir yang masih belum surut.
 

Pembelian kecemasan telah diluluskan Kementerian Kewangan, bagi menampung penggunaan enjin bot ATM yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama banjir.

“Saya menerima laporan berhubung situasi yang mana bot ATM terpaksa digunakan tanpa henti di kawasan yang terjejas.

“Kesemua 55 unit enjin bot baru tersebut telah sampai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ATM bagi meningkatkan keupayaan operasi.
 
“Ia melibatkan usaha memindahkan mangsa banjir serta menghantar makanan dan barang keperluan di kawasan-kawasan di mana banjirnya masih belum surut,” katanya.
 



Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here