Utama Berita Automotif 5 selebriti bollywood yang memiliki kereta paling mahal, siapa kegemaran korang?

5 selebriti bollywood yang memiliki kereta paling mahal, siapa kegemaran korang?

1736
Suatu ketika dahulu filem Bollywood pernah melakar fenomena di Malaysia, boleh dikatakan ramai antara kita peminat wayang hindi.
 
Namun, kita hanya melihat mereka menerusi layar kaca dan jarang sekali mengetahui tentang kisah peribadi pelakon Hindi berkenaan. 
 

Jom sama-sama kita lihat top 5 selebriti Bollywood bersama kenderaan mewah mereka:

1. Mallika Sherawat: Lamborghini Aventador SV

Siapa tidak kenal pelakon cantik ini, walaupun berusia 45 tahun Mallika Sherawat dilihat aktif berkongsi foto di Instagram. Difahamkan dia sekarang menjalani kehidupan mewah dan menetap di Perancis bersama teman lelakinya yang merupakan ahli perniagaan.



Malika juga pengumpul kereta mewah dan kereta paling mahal yang dimilikinya adalah Lamborghini Aventador SV yang berharga sekitar India Rupee 3 crore (RM4.5 juta).

2. Hrithik Roshan: Rolls Royce Ghost Series II

Nama Hrithik Roshan tidak asing lagi dalam kalangan peminat Bollywood tempatan. Dia yang popular menerusi filem Kabhi Khushi Kabhie Gham membeli sebuah Rolls Royce model Ghost Series II pada ulang tahun ke-42 yang berharga India Rupee 7 crore (RM3.9 juta).

Model tersebut dikuasakan oleh enjin V12 6.2 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa 563hp dan tork 780Nm. Ia mampu memecut dari 0-100kmj dalam masa 4.9 saat dengan kelajuan tertinggi 250kmj.

3. Ajay Devgan: Rolls Royce Cullinan

Ajay suami kepada Kajol memiliki sebuah SUV Rolls Royce yang dinamakan sebagai Cullinan. SUV tersebut berharga sekitar India Rupee 6.95 crore (RM 3.9 juta)

Seperti model-model Rolls-Royce yang lain, Cullinan dibina dengan kerangka unik ‘Architecture of Luxury’, yang mampu meningkatkan tahap prestasi, keselesaan dan penghalusan luar biasa dalam segmen SUV.

4. Sanjay Dutt: Ferrari 599 GTB

Sanjay Dutt memiliki sebuah supercar Itali iaitu Ferrari 599 GTB yang berharga India Rupee 3.37 crore (RM1.9 juta ) dan boleh dikatakan model kemegahan Ferrari yang menggantikan 575 M Maranello.

Pengenalan 599 GTB juga menandakan bermulanya era baharu rekaan Ferrari iaitu bermulanya aplikasi material aloi aluminium sepenuhnya yang dilengkapi enjin V12 6 liter yang mampu memecut 0-100 kmj dalam masa kurang dari 3.3 saat.

5. John Abraham: Lamborghini Gallardo

Pelakon kelahiran Mumbai, John Abraham cukup dikenali dengan sikapnya yang tenang dan sentiasa tersenyum ketika berdepan media. Selain memiliki koleksi supercar dan dia juga memiliki motosikal berkuasa tinggi seperti Hayabusa.

Antara kereta termahal yang dimiliki adalah Lamborghini Gallardo yang berharga sekitar India Rupee 3 crore (RM1.6 juta), yang mana sudah tidak lagi dikeluarkan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here