Kawasaki Jepun perkenal Ninja ZX-25R SE (2022), Malaysia masih tak nampak bayang

315

Modenas dilantik sebagai pengedar rasmi jenama Kawasaki baharu di Malaysia. Bagaimanapun sehingga kini masih tiada sidang akhbar rasmi tentang perlantikan tersebut.

Bahkan kemunculan sportbike suku liter yang sekian lama dinantikan masih belum kelihatan di pasaran tempatan. Terkini Kawasaki Ninja ZX-25R SE (2022) baru saja diperkenalkan dengan naik taraf kosmetik semata.

Pilihan warna baharu berkenaan membuatkan penampilan sportbike tersebut lebih elegan. Kemudian grafik jalur dipadankan bagi meningkatkan penggayaan sporty. 

Warna baharu yang ditawarkan adalah Metallic Matte Twilight Blue x Metallic Matte Fusion Silver. Semburan cat badan biru dan perak itu dipadankan dengan jalur berwarna merah. Warna sedia ada Metallic Matte Graphene Steel Grey x Metallic Spark Black masih ditawarkan. 

Jom Baca:   Mencurigakan..seorang lelaki 'kantoi' bawa wang tunai RM12 juta dalam beg pakaian

Bagaimanapun mekanikal tidak mengalami perubahan sama seperti generasi sebelumnya. Enjin 249cc DOHC 4-silinder menghasilkan kuasa 44hp @11,500rpm dan tork maksimum @ 22.9Nm 13000rpm.

Kawasaki Jepun akan segera memasarkan sportbike itu pada awal Februari mendatang yang berharga Yen 935,000 (RM34,206). 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here