Bot tempur hibrid pertama dunia milik Indonesia, bukan saja laut boleh redah sungai dan pantai

8947

Adakah ia kereta kebal terapung acah bot atau sebuah bot yang boleh menembak seperti kereta kebal?. Barangkali bot milik tentera Indonesia ini berkeupayaan melakukan kedua-duanya.

Bot kereta kebal itu merupakan armada tempur peronda buatan lokal bahkan menurut Indonesia kehadirannya mencuri perhatian tentera dunia. Ini kerana belum ada negara lain yang tampil dengan kenderaan kacukkan kereta kebal dan bot.



Didakwa sebagai bot tempur hibrid pertama dunia, jentera tersebut ketika ini menjalani ujian di perairan Banyuwangi, Surabaya dan sudah menjalani prosedur ujian laut. Bot Antasena itu juga sudah melepasi ujian kebakaran.

Pembangunan bot milik tentera Indonesia itu dikatakan disesuaikan dengan keadaan geografi Indonesia yang memiliki banyak kepulauan dengan perairan yang sangat luas.

Di samping itu, bot itu bukan saja boleh dikendalikan di laut bahkan sungai dan pantai dengan kemampuan draf dangkal (kedalaman air) hanya 3 kaki.

Ini membolehkan bot bergerak di perairan cetek dan menghantar pasukan berhampiran pantai ketika hendak menyusup ataupun memasuki wilayah lawan.

Bot tempur dengan panjang 59 kaki dan lebar 21 kaki itu dikatakan mampu membawa sehingga 60 anggota pada satu masa. Sementara, janakuasa dua enjin MAN 1200hp dan dua waterjet membolehkan ia mencapai kelajuan 40 knot. 

Selain itu, ia dilengkapi dengan meriam senjata kendali jarak jauh (RCWS) 30mm serta  Pistol 105mm boleh ditambah jika diperlukan. Difahamkan jarak tempuh bot Antasena itu sejauh 965km.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here