Abang Viva dapat helmet Arai VZ-Ram Pedrosa dan full riding gear!

4992
Selepas memberi bantuan banjir di kawasan terjejas teruk bulan lalu, rezeki Abang Viva tidak pernah putus sejak itu.
 

Ramai yang datang ingin membantu Azwan Omar dan terkini dia menerima perlengkapan penuh riding gear daripada kedai menjual helmet dan aksesori topi keledar, FT Garage Klang.

Pemberian tersebut setelah FT Garage dimaklumkan bahawa Azwan menerima Yamaha XJ6 daripada individu misteri. Jelas FT Garage Klang awalnya pengikut Facebook mereka berkongsi tentang kisah Abang Viva mendapat motor berkenaan. 
 
“Mereka tanya pada kami tak nak sponsorke dari situ kami terpanggil dan menghubungi Abang Viva. Awalnya Abang Viva cuma cakap dia tak janji, InsyaAllah.
 
“Semalam dia beri kejutan apabila hubungi kami mahu singgah kedai kebetulan ada program sekitar Klang,” kata jurucakap FT Garage Klang kepada Motoqar.
 
FT Garage Klang memberitahu antara aksesori yang diberikan adalah helmet Arai Vz-ram Pedrosa Spirit Gold, sarung tangan Alpinestars, jaket menunggang Dainese, baju T Riders and Co, topi dan barangan penjagaan helmet jenama Tanker.
 
“Kami turut beri seluar ride Konime tetapi seluar ini kami tak jual dan kalau kami jual kasut ride, kasutpun kami beri,” jelasnya. 
 
Bagaimanapun, pihak FT Garage Klang tidak mahu berkongsi nilai keseluruhan barangan tajaan tersebut. Berdasarkan tinjauan kami, harga pasaran helmet Arai saja sudah melebihi RM2,000.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here