Tersalah tekan nombor, penumpang teksi rugi RM41k

2102

Baru-baru ini, seorang penumpang teksi di San Francisco, Amerika syarikat terpaksa membayar caj perjalanan AS9,875 (RM41,435) ketika menggunakan perkhidmatan tersebut.

Lebih tidak masuk akal, nilai yang dicaj itu melibatkan perjalanan sejauh satu kilometer yang mengambil masa 11 minit.



Penumpang wanita, Margarita Bekker terkejut dengan caj yang dikenakan ke atasnya ketika menggunakan kaedah PayPal iaitu perkhidmatan pembayaran dalam talian yang membolehkan individu dan perniagaan memindahkan wang secara elektronik.

Teksi kuning atau dikenali sebagai ‘Yellow Cab’ memperkenalkan kaedah pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit, akaun bank, baki PayPal setiap kali menggunakan teksi.

Difahamkan caj bayaran sebenar hanyalah AS9.87 (RM41.41), kemungkinan berlaku kesilapan ketika membuat pembayaran, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dengan memasukkan 10 kali ganda harga tersebut.

Margarita cuba menghubungi Bank of America untuk memfailkan tuntutan penipuan. Namun, menurut agen S.F. Chronicle, pemandu teksi tersebut menjelaskan transaksi adalah sah dan mempunyai resit yang ditandatangani Margarita.

Pemandu teksi itu sudahpun berhenti kerja. Oleh kerana dia enggan memberi kerjasama, Bank of America tidak dapat meneruskan kes tersebut. Sementara, Margarita terpaksa berputih mata dan kejadian itu menjadikan dia lebih waspada agar tidak berulang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here