Baru dua minggu rasmi, jambatan bernilai RM2.9 juta runtuh

4414

Belum cukup sebulan dirasmikan, jambatan KW6 di wilayah Karawang, Jawa Barat, Indonesia runtuh sedangkan ia baru saja dirasmikan pada 29 Disember lalu. 

Jambatan bernilai Rp10 bilion (RM2.9 juta) itu terbelah dua dan ditutup sepenuhnya.  Berdasarkan pemerhatian, struktur sokongan yang runtuh kini semakin merebak ke jalan raya dan retak sehingga 5 meter.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Info Cikarang-Karawang (@info_cikarang_karawang)



Bahagian bahu jambatan yang patah di tepi saluran pengairan tersebut juga tenggelam. Boleh dilihat pekerja sedang membaiki jambatan namun kerana kerosakkan semakin merebak kakitangan menjadi bingung tambahan permukaan jalan mula terbelah.

“”Ini tidak boleh ditampal lagi, tetapi harus dibongkar dan dibangun kembali. Kerosakkan sudah parah kerana tenggelam sehingga jalan terbelah,” kata seorang pekerja.

Jelas salah seorang penduduk, kecelakaan itu berlaku pada malam 14 Januari (Jumaat) dan terkini situasi menjadi lebih parah. 

Jambatan KW9 itu dibina di atas saluran pengairan primer dengan lebar 7 meter dan panjang kira-kira 43.50 meter. Pembinaan laluan itu bagi menyelesaikan isu trafik sesak yang sering berlaku di daerah tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here