Pengguna RFID: Selepas tiga tahun tag reput, boleh dapat ganti percuma tak?

1562

PLUS Malaysia memaklumkan bakal menggantikan tag yang tidak berfungsi dengan baik secara percuma setelah menerima rungutan daripada pengguna.

Justeru itu, seorang pengguna berkongsi kisahnya di Facebook Group RFID Malaysia, setelah menggunakan RFID selama tiga tahun pelekat tersebut rosak. 



“Saya pasang RFID waktu pilot test (anggaran 2019) di Tesco Cheras, semalam saya lalu di palang tol RFID, tag saya tak detect, jadi bila saya check, tag rosak. 

“Saya call customer service Touch N Go, untuk dapatkan replacement secara percuma, tapi malangnya, mereka maklumkan saya perlu beli baharu tag RFID,” katanya.

Pemilik akaun bernama Farah Ain itu terkilan dengan jawapan yang diterima kerana kerosakkan yang berlaku bukan disebabkan kecuaiannya. Bahkan, dia tidak menyangka perlu membeli baharu selepas membaca artikel tentang penggantian percuma itu. 

“Saya ada hubungi PLUS juga, mereka sendiri tak ada kata putus sama ada boleh ganti atau tidak. Cuma mereka maklumkan apa-apa akan call semula,” tambahnya. 

Berdasarkan komen pada hantaran tersebut seorang pengguna bernama Mastura Zakaria menjelaskan pelekat RFID yang berharga RM35 sahaja akan diganti percuma manakala sebelumnya perlu membeli baharu sekiranya berlaku kerosakkan.

Selain itu, beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman di ruangan komen setelah beberapa tahun menggunakan tag RFID antaranya:

“Same here, pilot user pasang kat head light but tiba-tiba takleh detact, tengok-tengok dah reput, tapi dulu diaorang declare boleh tahan 5-tahun untuk cuaca panas…concept bagus tapi rasanya long term userje akan tanggung kerugian.”

“Saya pun sama gak.pasang 2019. Lalu palang kata tiada tag.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here