Kereta bertukar pesawat kurang tiga minit berjaya dapat sijil kelayakan penerbangan

1639

Sebuah kereta yang mampu bertukar menjadi pesawat dalam masa kurang tiga minit, menerima sijil kelayakan penerbangan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia.

Kereta terbang hybrid milik syarikat Klein Vision AirCar itu dilengkapi enjin 1.6 liter petrol BMW mampu mencapai kelajuan melebihi 160 kilometer sejam.



Menurut syarikat berkenaan, pihaknya perlu melakukan ujian penerbangan selama 70 jam dengan lebih daripada 200 pelepasan dan pendaratan untuk mendapatkan sijil tersebut.

Berdasarkan laporan, ia berjaya menamatkan penerbangan selama 35 minit antara lapangan terbang antarabangsa yang terletak di bandar Nitra ke bandar Bratislava, Slovakia.

Selain itu, dikatakan ia berlepas dan mendarat seperti pesawat konvensional serta memerlukan lesen juruterbang untuk diterbangkan.

Bagaimanapun, beberapa syarikat sedang berusaha mewujudkan perkhidmatan teksi udara dengan penerbangan automatik tanpa pemandu serta pelepasan dan pendaratan menegak (VTOL) iaitu tanpa landasan. 

“Pensijilan AirCar menjadi titik tolak kepada pengeluaran kereta terbang yang sangat cekap secara besar-besaran.

“Ia adalah rasmi dan keupayaan kami akhirnya disahkan untuk mengubah perjalanan jarak jauh,’’ kata penciptanya, Profesor Stefan Klein. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here