Produksi Perodua Alza dilanjutkan sehingga April – Generasi baharu mungkin lambat?

1301

Produksi kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza dilanjutkan sehingga April ini, namun kehadiran model serba baharu itu tetap dilancarkan tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, perancangan awal untuk menghentikan produksi Alza adalah pada Januari ini.

Katanya, namun untuk menghentikan produksi Alza itu tidak dapat dilakukan berikutan beberapa faktor termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banjir yang melanda negara pada hujung tahun Lalu.



“Ini berikutan kami masih mempunyai 3,200 unit tempahan model semasa yang masih tidak dapat dipenuhi untuk penghantaran kepada pelanggan.

“Jadi untuk memenuhi permintaan itu, produksi Alza terpaksa dilanjutkan pada Mac atau penghujung April ini,” katanya selepas pembentangan Perodua Outlook 2022 sebentar tadi.

Beliau berkata, bagi model serba baharu Alza, pihaknya pastikan akan dilancarkan pada tahun ini dan bukannya tahun hadapan.

“Kita akan memastikan peralihan model lama kepada model generasi baharu berjalan dengan lancar,” katanya. 

Untuk makluman, pada tahun lalu, jualan Alza mencecah 14,828 unit dan ia sudah lebih 12 tahun dikeluarkan sekali gus ia perlu digantikan dengan generasi baharu.

Model pengganti Alza mula bertiup kencang sejak awal tahun lalu selepas pelancaran model Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia di Indonesia baru-baru ini. 

Difahamkan, Perodua Alza model baharu itu bukan sahaja mengalami perubahan dari segi reka bentuk luaran dan dalaman, tetapi juga mempunyai ciri keselamatan serta teknologi terkini.

Berdasarkan ciri yang baharu yang ada pada model Perodua, ia mungkin menggunakan ciri keselamatan sama seperti Perodua Myvi Facelift (2021) menerima ciri sistem penuh Perodua Smart Drive Assist (PSDA) serta menggunakan Advance Safety Assist (ASA) 3.0. Malah, ia juga mungkin menggunakan transmisi baharu iaitu Dwi-mod CVT.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here