Perodua terima hampir 2,103 kenderaan kes banjir, 366 sudah dibaiki

770

Banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini pada Disember dan awal Januari tahun ini, Perodua menerima hampir 2,103 kes banjir dan daripada jumlah itu, 366 kenderaan sudah dibaiki serta dikembalikan kepada pemilik masing-masing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekuti (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, kemasukan kenderaan Perodua ke pusat servisnya adalah sebagai tindakan kepada Program Bantuan Banjir Perodua yang ditawarkan syarikat itu.

“Tawaran itu terdiri daripada diskaun 50% untuk alat ganti standard, kos buruh percuma untuk semua penggantian dan pembaikan serta perkhidmatan tunda percuma 24 jam,” katanya.



Selain itu, Kementerian Kewangan pada 7 Januari 2022 mengumumkan inisiatif baucar RM1,000 untuk membantu rakyat Malaysia yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Untuk makluman, baucar diskaun automotif, yang bertarikh luput pada 31 Mac 2022, boleh digunakan untuk membuat tuntutan terhadap pembaikan kenderaan persendirian yang rosak akibat banjir atau untuk menggantikan kenderaan yang mengalami kerosakan total.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here