Koleksi kereta Sultan Brunei, lebih mahal dari Kelab Manchester United

3813

Negara Brunei Darussalam merupakan antara salah satu negara yang paling kaya dengan sumber minyak.

Menurut laporan Daily Star, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki nilai kekayaan bersih kira-kira 13 bilion pound sterling (RM73.36 bilion).



Beliau juga mempunyai lebih dari 7,000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia yang terdiri daripada pelbagai model.

Antara koleksi kereta mewah yang disimpan di bawah garaj Istana Nurul Iman adalah 600  Rolls Royces, lebih 570 Mercedes-Benz, lebih 450  Ferrari dan lebih 380 kereta Bentley.

Selain itu, beliau turut memiliki Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, Bugatti Veyron, Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan Dauer 962s.

Menurut laporan Daily Star juga, koleksi kenderaan Sultan Hassanal bernilai pound sterling 4 bilion (RM22.57 bilion) melebihi nilaian pasukan bola sepak gergasi inggeris iaitu Manchester United yang bernilai sekitar pound sterling 3.08 bilion (RM17.38 bilion).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here