Perodua sasar tingkatkan 40.6 peratus pendaftaran kenderaan 2022, adakah ini bakal disumbang Perodua Alza baharu?

368

Perodua menjangka dapat meningkatkan bahagian pasarannya kepada 40.6 peratus tahun ini dengan mendaftarkan 247,800 kenderaan daripada sasaran jualan industri (TIV) 610,000 berbanding 37.4% bahagian pasaran pada 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ramalan 610,000 TIV adalah unjuran dalaman Perodua kerana pihaknya percaya pasaran mampu melepasi sasaran 600,000 TIV yang ditetapkan oleh Persatuan Automotif Malaysia.

Beliau berkata, Perodua melihat jaminan daripada kerajaan bahawa langkah-langkah dalam membendung wabak Covid-19 menunjukkan kejayaan dan penutupan tidak akan berlaku lagi.

Menurutnya, tahun ini, pihaknya menjangkakan untuk mengeluarkan sebanyak 265,900 kenderaan iaitu 37.5 peratus lebih tinggi berbanding 193,400 kenderaan yang dihasilkan pada 2021.

Jom Baca:   Wajah baharu Perodua Myvi 2022 facelift terdedah ketika penggambaran iklan

“Peningkatan dalam pengeluaran akan membawa peningkatan pembelian alat ganti automotif sumber tempatan sebanyak 41.5 peratus iaitu kepada RM7.5 bilion berbanding RM5.3 bilion yang dibeli pada 2021.

“Pemulihan ini akan membantu industri untuk pulih dengan lebih cepat kerana permintaan terhadap kenderaan masih kukuh,” katanya sempena majlis Perodua Outlook 2022 di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Zainal turut menjelaskan  bahawa inisiatif pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan masih menjadi insentif yang terbaik buat pengguna untuk membeli kereta baharu mereka.

“Jumlah tempahan kami untuk kenderaan baharu masih sihat dengan jaminan pengeluaran akan berjalan tanpa gangguan dan ini bermakna kami dapat memenuhi tempahan yang tertunggak tepat pada masanya,” katanya.

Jom Baca:   Perodua Myvi 2021 facelift dilancar tahun ini, dapat transmisi D-CVT baharu?

Sementara itu, bagi model baharu Perodua Alza pula, Zainal tidak menafikan bahawa generasi baharu model berkenaan akan dilancarkan pada tahun ini.

Menurutnya, bagi model serba baharu Alza, pihaknya akan dilancarkan pada tahun ini dan bukannya tahun hadapan.

Katanya, perancangan awal untuk menghentikan produksi Alza semasa adalah pada Januari ini terpaksa ditangguhkan pada Mac atau April. 

Menurutnya, namun untuk menghentikan produksi Alza itu tidak dapat dilakukan berikutan beberapa faktor termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banjir yang melanda negara pada hujung tahun Lalu.

Jom Baca:   Perodua catat 23,119 jualan pada November, lebih 5,000 unit didaftar pada hari terakhir!

“Ini berikutan kami masih mempunyai 3,200 unit tempahan model semasa yang masih tidak dapat dipenuhi untuk penghantaran kepada pelanggan,” katanya.

Baca juga artikel berkaitan:

Pengganti Perodua Alza sudah masuk barisan pengeluaran?

Perodua Alza model baharu itu bukan sahaja mengalami perubahan dari segi reka bentuk luaran dan dalaman, tetapi juga mempunyai ciri keselamatan serta teknologi terkini.

Berdasarkan ciri yang baharu yang ada pada model Perodua, ia mungkin menggunakan ciri keselamatan sama seperti Perodua Myvi Facelift (2021) menerima ciri sistem penuh Perodua Smart Drive Assist (PSDA) serta menggunakan Advance Safety Assist (ASA) 3.0. Malah, ia juga mungkin menggunakan transmisi baharu iaitu Dwi-mod CVT.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here