Toyota potong jualan kenderaan di AS, Ford dan GM tak panik

959

Tahun lalu dunia automotif dikejutkan apabila Toyota menjadi pengeluar automotif nombor satu di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Buat pertama kali dalam tempoh 90-tahun, gergasi automotif Amerika Syarikat, General Motors (GM) berada di tempat kedua. 



Bagaimanapun, penurunan jualan itu disebabkan krisis bekalan cip sehinggakan GM dan Ford terpaksa mengurangkan pengeluaran pada tahun itu.

Kekurangan bekalan semikonduktor dan isu lain telah mewujudkan situasi yang tidak pernah berlaku pada 2021. Namun, GM masih mendahului pasaran pikap saiz penuh dan SUV dan tahun ini bermula dengan rantaian bekalan yang beransur pulih.

Namun, Toyota tidak menghadapi masalah bekalan cip tersebut kerana mempunyai bekalan simpanan yang mencukupi selepas pengeluaran besar-besaran sejak dilanda gempa bumi dan tsunami di Jepun pada 2011.

Bagaimanapun GM dan Ford yang mengambil pengajaran, apabila kini melabur dalam usaha yang boleh membawa kepada pengeluaran cip semikonduktor yang berpangkalan di AS.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here