BSH tawar pilihan warna dan grafik baharu buat Honda Beat, harga RM5k

2012

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna dan grafik baharu pada skuter Honda Beat agar kekal signifikan di pasaran. 

Honda Beat dikuasakan oleh enjin eSP (enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI yang menghasilkan kuasa maksimum 6.47 kW @7,500 rpm dan memberikan tork maksimum 9.53 Nm @6000 rpm. Enjin eSP ini mematuhi Euro 4 dan memenuhi piawaian Energy Efficient Vehicle (EEV) dengan penggunaan bahan api 59.1 km/liter (WMTC test mode).



Model ini didatangkan dengan keselesaan menunggang yang hebat, hasil daripada inovasi enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang tangkas. Ia ditawarkan dengan tangki minyak bersaiz 4.2 liter dan ruang simpanan di bawah pelana 11.7 liter.

Model ini juga terus mengutamakan keselamatan pengguna melalui ciri-ciri seperti lampu depan LED, kunci brek parkir untuk permulaan atau parkir yang selamat dan Side Stand Switch yang secara automatik menghentikan enjin apabila dirian sisi diturunkan.

Skuter bergaya ini kini didatangkan dalam empat pilihan warna baharu iaitu Clipper Yellow,
Pearl Magellanic Black, Vivacity Red dan Pearl Nightfall Blue. 

Harga yang ditawarkan adalah sekitar RM 5,765 (tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran). Boon Siew Honda menawarkan jaminan kilang selama 2 tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here