Selepas wang, remaja tolak tawaran Tesla Model 3

2000

Jack Sweeney, 19 menolak tawaran kereta Tesla Model 3 sebagai pertukaran memadamkan akaun Twitter miliknya yang boleh mengesan jet peribadi Elon Musk. 

Sweeney sebelum ini menolak  tawaran wang AS5000 (RMRM20,897) daripada Elon Musk dan kini menerima tawaran baharu daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Autonomy, Scott Painter. 



Painter menawarkan langganan Tesla Model 3 selama tiga tahun bagaimanapun ditolak oleh Sweeney kerana menganggap ia memiliki kaitan dengan Musk.

“Saya mahukan kereta sendiri. Saya tidak mahu terpaksa memberikannya semula dalam tempoh tiga tahun. 

“Jika saya mendapat Tesla sebenar, maka saya akan menurunkannya,” kata pelajar teknologi maklumat di sebuah kolej Amerika Syarikat itu. 

Selain itu, Sweeney turut menjelaskan dia menolak tawaran wang sebelum ini kerana nilai tersebut tidak cukup menggantikan kepuasan menjalankan akaun itu.

Bahkan dia juga menjelaskan hanya akan memadamkan akaun berkenaan jika diberikan kira-kira AS50,000 (RM208,975) dan wang yang diterima membolehkan dia membeli sebuah Tesla Model 3.

Sweeney menjadi popular selepas memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai bot yang memantau data lalu lintas udara yang tersedia untuk umum di akaun Twitternya. Program itu juga boleh digunakan untuk menjejaki lokasi jet peribadi bilionair terkaya dunia itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here