Pintu Tesla beku musim sejuk, pemilik terpaksa guna pintu penumpang

1451

Seorang pengguna Tesla, Matt Smith berkongsi masalah kesukaran membuka pintu Tesla ketika musim sejuk di akaun Twitter miliknya.

Menerusi video ringkas itu, walaupun sudah ditekan beberapa kali hendal pintu berwarna hitam itu tidak terbuka kerana komponen itu beku dan bingkainya tersekat dengan salji. 



Hendal pintu Tesla yang tertanam sepenuhnya pada panel pintu perlu ditekan sebelum komponen itu keluar untuk pengguna membukanya, tidak seperti hendal pintu konvensional. Bagaimanapun, rekaan itu tidak praktikal terutamanya ketika musim sejuk.

“Hari ini saya pertama kali mengalami pengalaman hendal pintu beku. Elon Musk bolehke kita tambah pilihan membuka pintu menggunakan aplikasi?,” tulisnya. 

Menerusi perkongsian berkenaan pengguna Tesla lain turut mengalami masalah sama. Namun, ada cara untuk membolehkan hendal pintu tersebut keluar. 

Menurut salah seorang pengguna Twitter @Joe28753, berdasarkan buku manual pemilik perlu menumbuk hendal untuk memecahkan ais. Selain itu, seorang pengguna Twitter lain turut berkongsi video cara mengeluarkan hendal berkenaan. 

Bagaimanapun, Matt menjelaskan dia berjaya masuk melalui pintu penumpang dan pemegang itu keluar setelah 30 saat mengikit ais pada hendal. 

“Rupa-rupanya penyelesaian yang lebih mudah adalah hanya dengan memukul pemegang dengan penumbuk anda untuk memecahkan ais,” jelasnya yang lambat mengetahui trik tersebut. 

Ramai pengguna Twitter lain memerli Tesla kerana menganggap ia tidak praktikal bagi kereta yang dianggap berteknologi tinggi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here