[Video] Oyen lepak atas bumbung kereta , pemilik tuntut ganti rugi RM12k

1462

Seorang pemilik kereta mewah dilapor memfailkan saman ganti rugi terhadap jiran mereka sebanyak baht 100,000 (RM12,737) kerana kucingnya memanjat dan mencalarkan dua kereta yang di parkir di garaj.

Kisah ini tular di Thailand selepas pemilik kucing itu memuat naik sebuah video di TikTok, @pattarawadeephumipak yang mendapat lebih empat juta jumlah tontonan.



Menurutnya, pemilik kereta yang merupakan jirannya menuntut wang pampasan kerana membiarkan haiwan peliharaannya keluar ke kawasan awam dan menyebabkan kerosakan  harta benda orang lain.

Menerusi video yang berdurasi lima minit itu menunjukkan Oyen duduk di atas dua kereta sport berwarna hitam dan kuning. Kejadian tersebut berlaku apabila seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membiarkan kucing peliharaan keluar dari rumah. 

Menurut wanita itu, dia sanggup membayar ganti rugi untuk membaiki kesan calar yang dilakukan oleh kucingnya tetapi pada harga yang berpatutan. Namun selepas memeriksa kerosakan hanya mendapati kesan kotoran dari tapak kaki kucing itu. 

Bagaimanapun, laporan terbaharu difahamkan pemilik kereta sport tersebut telah meminta maaf dan menarik balik samannya. 

@pattarawadeephumipak

ลูกทำแมวหลุดออกจากบ้านขณะเปิดประตูขึ้นรถโรงเรียนและขึ้นรถบ้านข้างๆกัน เค้าไปแจ้งความ ตำราจแจ้งข้อหาปล่อยสัตว์ดุสัตว์ร้ายเที่ยวตามลำพังทำให้ทรัพย์สินผู้อื่นเสียหายคดีขึ้นชั้นศาลคันสีเหลืองเรียกค่าเสียหาย108, 000 บาท บอกว่าเป็นรถหรู ติดสติ๊กเกอร์จึงต้องแพงคันสีดำเป็นป้ายแดง รถเคลือบแด้วอย่างดีในคลิปวีดีโอน้องไม่ได้ข่วนอะไรเลย แต่น้องขึ้นไปนั้งและลงมา เราเจ้าของแมว ไปดูในวันเกิดเหตุ ไม่มีร่องรอยอะไรเลยค่ะ มีแค่รอยเท้าฝุ่น วอนสังคมช่วยเราด้วยค่ะ เราโดนฟ้อง2คดีแมวขึ้นรถ2คัน

♬ เราจะสู้ไปด้วยกัน – หนูดี เฟลอเดอ

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here