Kuala Lumpur, ibu kota paling sesak ke 210 di dunia

1457

Kesesakan lalu lintas bukanlah perkara baharu, malah penambahan kenderaan merupakan penyumbang terbesar kepada keadaan itu. 

Namun, disebabkan impak wabak Covid-19 ternyata turut memberi kesan besar apabila kadar aliran trafik di Kuala Lumpur kini menduduki tangga ke-210 yang paling sesak di dunia pada tahun lalu.



Untuk perbandingan dengan, ibu negara Malaysia itu di kedudukan ke-77 atau kerugian masa 126 jam pada tahun 2020 dan di tangga ke-46 atau 170 jam (2019).

Menurut indeks tahunan tersebut, pemandu kereta di Kuala Lumpur membuang masa yang bersamaan 48 jam setahun terperangkap di pusat bandar akibat isu kesesakan teruk.

Jumlah itu setara 17 bandar raya lain antaranya Washington DC, Amerika Syarikat (AS); Prato, Itali; Liege, Belgium; Santa Cruz, Sepanyol; Rotterdam, Belanda dan Freiburg, Jerman.

Situasi itu berdasarkan kajian sebuah firma teknologi navigasi antarabangsa TomTom berpusat di Amsterdam, Belanda menerusi laporan indeks trafik 2021 yang baru diterbitkan.

Kajian berkenaan meliputi sejumlah 404 bandar raya dari 58 buah negara di semua enam benua yang mengukur kesesakan jalan raya urban mengikut jumlah kerugian masa setahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here