Tayar Lamborghini kena rembat, pencuri ganti dengan batu bata

2733

Kejadian ini sering kali berlaku di Malaysia yang mana pencuri meletakkan batu bata sebagai ‘pelapik’ selepas merembat tayar kereta.

Namun, pernahkah anda terbayang situasi yang sama dilakukan pada sebuah supercar. Ini yang berlaku di negara luar apabila Carscoop berkongsi  imej Lamborghini Huracan Spyder yang kehilangan keempat-empat tayar.



Foto yang dikongsi pembaca itu berlaku di Glyfada, luar Athens di Greece.  Huracan berwarna merah itu menampilkan brek kaliper yang sama dengan warna badan. Sementara spoiler belakangnya daripada penggayaan Performante dan bukannya gentian karbon.

Difahamkan supercar itu milik Adnan Yassine, iaitu pengasas Arabica TV dan presiden kelab bola sepak Bourj FC Lubnan. Difahamkan, Adnan hanya menyedari kehilangan tayar tersebut apabila keluar rumah untuk menghantar kenderaan itu ke pusat servis.

Lebih menyedihkan brek depan turut dirembat oleh pencuri selain daripada tayar. Bahkan, Adnan tidak gembira dengan kejadian itu yang mana polis tidak dapat berbuat apa-apa. Ini kerana selain Adnan rakannya turut menjadi mangsa.

“Ramai rakan saya menjadi mangsa kecurian, sama ada rumah dan kereta, beg dan barangan kecil lain,” katanya.

Difahamkan Adnan menanggung kerugian lebih daripada Euro 40,000 (RM190,956), sayangnya supercar itu hanya dilindungi diinsurans sepenuhnya di Lubnan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here