Rolls Royce Silver Spur II Sultan Brunei kereta termahal dunia kalahkan Bentley State Ratu Elizabeth

3942

Kenderaan rasmi yang digunakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah merupakan kereta termahal dunia sekaligus mengalahkan Bentley State Limousine milik Ratu Elizabeth II.

Rolls-Royce Silver Spur II itu adalah yang termahal dan paling berprestij di dunia. Dianggarkan kereta Sultan Brunei itu bernilai AS14 juta (RM58.6 juta) manakala nilai Bentley State Limousine milik Ratu Elizabeth II pula AS13.5 juta (RM56.6 juta).

Penilaian itu dijalankan oleh syarikat automotif United Kingdom, Select Car Leasing selepas  Ratu Elizabeth menggunakan Bentley State Limousine ketika menghadiri Platinum Jubli. 

Susulan itu ramai orang awam menyatakan Bentley State Limousine berkenaan merupakan kenderaan rasmi termahal dunia.

Jom Baca:   [Video] Saintis temui 'jalan raya' di dasar lautan Pasifik

Menurut Select Car Leasing, kereta Sultan Hassanal Bolkiah jadi lebih mahal kerana penambahan yang dilakukan misalnya lapisan emas 24 karat pada seluruh badan kenderaan.  Elemen emas juga dihadirkan pada bahagian rim dengan warna berkilau.

Belum lagi penambahan kanopi khusus. Sayangnya menurut Autoevolution, Sultan Hassanal Bolkiah jarang menggunakan kenderaan itu. Tidak seperti Ratu Elizabeth II yang masih dilihat menggunakan Bentley State Limousine di acara rasmi.

Difahamkan selain Rolls-Royce Silver Spur II, Sultan Brunei memiliki hampir 500 kenderaan Rolls Royce. Tidak hanya Rolls Royce, koleksi lain  termasuklah Lamborghini, Porsche, Jaguar, Bugatti dan Ferrari.

Jom Baca:   Perodua dedah muka depan kit badan GearUp Myvi Facelift

Hampir seluruh hypercar dan supercar tersebut merupakan model edisi khusus yang jarang dimiliki banyak orang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here