Perlumbaan Toyota Gazoo Racing musim kelima kembali dengan lebih besar

884

Selepas enam tahun diperkenalkan di Malaysia pada 2017, siri kejohanan ‘one make’ Vios Challenge dalam Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing akan kembali dengan masim kelima.

Aktiviti GAZOO Racing pada tahun 2022 akan menumpukan pada empat bidang utama, di mana ia mengfokuskan aktiviti perlumbaan di trek dan juga dalam talian melalui Festival Perlumbaan Toyota GAZOO dan GR Velocity Esports Championship.



Tumpuan juga akan terus diberikan pada pengenalan model GR dan GR-Sport baharu di seluruh dunia tahun ini dengan meningkatkan rangkaian dan aktiviti GR Garage di seluruh negara.

Musim ke-5 Toyota Gazoo yang akan menampilkan 3 pusingan dengan 6 perlumbaan, pusingan pertama akan bermula pada Mac (18-20), diikuti pusingan kedua pada Jun (24-26) dan pusingan ketiga dan terakhir pada September (23-25) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Seperti musim lepas, kejuaraan akan terbahagi kepada empat kelas perlumbaan, iaitu Promotional (selebriti), Sporting (amatur), Super Sporting (profesional) dan Rookie untuk pemandu muda.

Secara keseluruhan, lebih daripada setengah juta wang ringgit yang ditawarkan, termasuk RM70,000 dan RM50,000 yang akan disalurkan kepada juara keseluruhan juara Super Sporting dan Sporting Class masing-masing menjadikan Vios Challenge acara sukan permotoran paling menguntungkan di negara ini sejak 5 tahun lepas.

Musim lalu, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik global, siri kejohanan ‘one make’ Vios Challenge dalam Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing
telah berjaya menarik lebih daripada 8 juta penonton dan penonton dalam talian mencecah melebihi 19 juta.

Siri musim kelima, sudah semestinya akan menyajikan aksi-aksi dramatik dan pertarungan sengit diantara pelumba-pelumba.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here