Hampir 150 pemilik Vespa memeriahkan majlis pembukaan bilik pameran Vespa Skudai

784

Didi Group, pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia mengembangkan rangkaiannya dengan  membuka bilik pameran Vespa baharu di Skudai, Johor.

Ia dikenali sebagai Vespa Skudai dan dikendalikan olehNg Brothers Motor dan menjadi pusat 3S Vespa pertama di Johor Bahru, Johor. 

Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd, Rewi Hamid Bugo berkata, pembuka bilik pameran itu   dapat membantu serta mengukuhkan lagi kedudukan Vespa di Malaysia.



“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ng Brothers Motor (Vespa Skudai) kerana memperkenalkan dan membawa jenama Vespa di Johor,” katanya.

Sempena majlis pembukaan bilik pameran itu, kira-kira 150 pemilik Vespa sama ada moden atau klasik hadir untuk memeriahkan acara berkenaan.

Pelanggan Vespa boleh menikmati perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang lengkap melalui pusat 3S Vespa Skudai yang terletak di 33, Jalan Pakis 1, Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor. 

Bilik pameran itu mempamerkan semua model Vespa dan turut kemudahan lain iaitu itu ruang menunggu yang selesa.

Ia sekali gus memberi pelanggan Vespa pengalaman pemilikan dan menawarkan elemen gaya hidup yang memancarkan personaliti jenama Vespa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here