Polis siasat pelajar SPM ‘berpesta’ di jalan raya rai kertas akhir SPM

1399

Kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekumpulan pelajar berpesta di jalan raya semalam sehingga mengganggu ketenteraman awam. 

Tindakan dan aksi sekumpulan pelajar tersebut dilihat membahayakan diri dan orang lain apabila menunggang motosikal secara melulu di Jalan Lingkaran Tengah, Johor. 



Susulan tular video berdurasi 14 saat yang dimuatnaik akaun Facebook Aku Budak Kluang, polis menjalankan siasatan.  

“Polis sudah mengenal pasti beberapa individu daripada kumpulan berkenaan yang dikesan melakukan perbuatan itu,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahayakan.

Selain itu, pihak polis menyeru semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna lain dan kemalangan dapat dielakkan.

Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan undang-undang dipatuhi dan mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang akan diambil tindakan tanpa kompromi.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here