Continental Tyres tawarkan perkhidmatan digital Conti360º kepada pengendali kenderaan fleet

507

Continental Tyres, pengeluar tayar terkemuka Jerman, menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian digital Conti360º.

Tawaran itu memberi peluang kepada pengendali kenderaan fleet komersial bagi membolehkan mereka menguruskan tayar kenderaan dengan lebih cekap sambil mengurangkan kos minyak dan jarak perjalanan tayar.



Pengendali kenderaan komersial menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan fleet bersaiz besar. Mereka sentiasa perlu memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, kos operasi diminimumkan, serta penghantaran barangan yang menepati masa.

Dalam pada itu, tayar khususnya memainkan peranan penting bagi mencapai tujuan ini. Tekanan angin yang sesuai akan menjamin tahap penggunaan minyak yang terbaik, jarak perjalanan yang optimum, serta meningkatkan nilai selongsong tayar (casing value). 

 

Oleh itu, Conti360º menawarkan tiga jenis perkhidmatan dan penyelesaian iaitu Perkhidmatan Teras, Perkhidmatan Lanjutan dan Penyelesaian Digital, merangkumi pelbagai penyelesaian termasuk latihan, perkhidmatan sokongan di lokasi, dan pemantauan tayar secara masa serentak bagi membantu pengurus fleet meningkatkan kecekapan operasi.

Conti360º itu diperkenalkan khas untuk mengurangkan kos tersebut dengan tiga rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian yang mampu memenuhi pelbagai keperluan pelanggan, bergantung pada saiz fleet dan keadaan operasi mereka.

Pelanggan yang telahpun menggunakan Conti360º memperoleh penjimatan kos minyak sehingga 3% dan peningkatan jarak perjalanan tayar sebanyak 20%, di samping menikmati peningkatan yang ketara dalam keselamatan kenderaan dan pemandu.

Pengendali fleet juga akan menerima makluman menerusi portal dalam talian serta paparan análisis tentang kebarangkalian tayar pancit, kehilangan tekanan angin, kedalaman bunga tayar dan sebagainya.

Ia bertujuan bagi membantu mereka mengendalikan tayar, memanjangkan jangka hayat tayar dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here