Ini empat kereta ‘resale value’ tinggi boleh anda pertimbangkan

8588

Terdapat pelbagai model kereta yang dikeluarkan syarikat automotif dan sebelum membeli kereta baharu banyak faktor perlu dipertimbangkan bukan sekadar reka bentuk menarik. 

Di Malaysia, jenama Perodua, Honda dan Toyota memiliki nilai jualan semula (resale value) yang tinggi berbanding  BMW, Volvo, Lexus, Nissan, Mazda, Hyundai dan Peugeout.



Model-model ini dikatakan mempunyai kos penyelenggaraan yang lebih tinggi contohnya, alat ganti yang lebih mahal dan sukar diperoleh. Sekali gus mempengaruhi permintaan jualan yang lebih rendah dalam pasaran.

Nilai jualan semula tinggi merupakan salah satu faktor penting yang perlu dititikberatkan sebelum membeli kereta baharu. 

Kadar susut nilai kereta sememangnya tidak boleh dielakkan. Justeru itu anda perlu bijak memilih. Berikut empat model kereta yang menjadi pilihan orang ramai bahkan memiliki nilai jualan semula yang berbaloi. 

1. Perodua Myvi

Perodua Myvi antara kereta yang paling laku keras dan kekal mengungguli jualan keseluruhan kenderaan.

Harga bagi sebuah model baharu Perodua Myvi adalah sekitar RM45,700 sehingga RM58,800. Manakala Myvi terpakai boleh didapati sekitar RM38,000 sehingga RM40,000.

2. Perodua Axia

Perodua Axia adalah kereta hatchback yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan sekitar RM29,000 sehingga RM41,000. Manakala, nilai jualan semula boleh mencecah sehingga RM23,000 sehingga RM25,000.

3. Perodua Bezza

Jika anda mencari kereta sedan yang menawarkan penjimatan minyak, maka Bezza merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan. 

Selain menawarkan kecekapan bahan api, kereta ini juga mempunyai ruang dalaman yang luas dan selesa. Harga Perodua Bezza baharu adalah RM 33,456 dan model terpakai boleh mencapai RM30,000.

Model Bezza telah terjual lebih 45,656 unit pada tahun 2019 dan 2020.

4. Proton Saga

Proton Saga merupakan kereta yang amat sesuai dan selesa bagi perjalanan jarak jauh atau di dalam bandar. Pesaing Bezza ini dijual pada harga RM 32,800. 

Untuk model terpakai, Proton Saga masih mempunyai harga tinggi iaitu sekitar RM23,000 sehingga RM27,000.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here