Kanak-kanak ini slumber pijak lip Koenigsegg Jesko Absolut

10703

Pameran kenderaan di pusat membeli-belah memberi peluang kepada orang awam melihat model kereta dengan lebih dekat terutamanya jenama mewah mahupun ‘rare’.

Kenderaan mewah terutamanya supercar yang dipertontonkan ke orang awam akan dikelilingi dengan ‘pagar’ yang mana pengunjung tidak boleh menghampiri dengan lebih dekat mahupun menyentuh badan kereta berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Revin Tjahja (@grrevintjahja)



Baru-baru ini beberapa keping gambar yang dikongsi akaun Instagram Revin Tjahja menjadi bualan netizen Indonesia yang mempertikaikan tindakan sepasang kanak-kanak yang melepasi penghadang hypercar Koenigsegg Jesko Absolut.

Wanita yang dipercayai penjaga kanak-kanak berkenaan membiarkan mereka mendekati bahkan menyentuh hypercar bernilai AS3.42 juta (RM14.44 juta) itu.

Bahkan, dia juga dilihat merakam aksi kanak-kanak itu bermain berhampiran kereta tersebut selain menangkap gambar mereka yang mana kanak-kanak lelaki itu meletakkan kaki pada lip gentian karbon bampar depan untuk bergambar.

Menerusi perkongsian Revin, dia tersenyum melihat gambar berkenaan. Jelasnya, menghadiri pameran kereta memang menyeronokkan untuk peminat dan orang biasa. 

Bagaimanapun, terdapat beberapa ‘etika’ yang perlu dipatuhi untuk mengekalkan keadaan yang kondusif antaranya jangan menyentuh, memanjat mahupun bersandar pada kenderaan melainkan mendapat kebenaran pemilik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here