Perodua Alza (D27A) generasi baharu – Info yang kami tahu setakat ini

7812

Pada Januari lalu, Perodua mengumumkan bahawa model kenderaan pelbagai guna (MPV), Alza akan dilancarkan pada tahun ini.

Cuma tarikh yang tepat pelancaran model baharu itu masih lagi rahsia, tetapi mungkin ia bakal diperkenalkan selepas produksi Alza generasi sedia ada ditamatkan pada April ini.

Dikenali sebagai D27A

Model pengganti Alza lama, ia dipanggil nama kod D27A buat masa ini, maklumlah jentera itu masih lagi dalam pembangunan, kenalah letak nama lain.



Model pengganti Alza mula bertiup kencang sejak awal tahun lalu selepas pelancaran model Toyota Veloz dan Daihatsu Xenia di Indonesia sebelum ini.

Kedua-dua Daihatsu Xenia dan Toyota Veloz baharu menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan berkongsi garis badan dan panel utamanya.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat rasmi yang didedahkan. Cuma ada beberapa perincian yang sedang hebat dibincangkan di beberapa portal automotif tempatan.

Berdasarkan maklumat yang dikhabarkan, D27A dikatakan ditawarkan tiga pilihan varian dan jika mengikut varian semasa Alza. Ia berkemungkinan ditawarkan dalam varian S, SE dan AV. 

Jeriji hadapan krom titik-titik ala Mercedes-Benz

Berdasarkan laporan portal automotif, Automachi memaklumkan jeriji hadapan D27A serba baharu direka kemasan krom berbentuk titik-titik , ala Mercedes-Benz. Bagi saiz rim pula, terdapat pilihan 15 inci dan 16 inci.

Bahagian dalaman, gaya rekaannya diambil dari model Daihatsu Xenia, di mana skrin sentuh boleh disambung dengan Android Auto dan Apple Carplay. 

Selain itu, D27A juga dikatakan mempunyai beberapa ciri yang tidak dimiliki oleh Xenia. Ia merangkumi brek letak kereta elektronik dan kawalan jelajah aktif ACC, menjadikan kereta ini sebagai MPV yang paling dilengkapi keselamatan.

Enjin 1.5L Dual VVT-i 

Enjinnya pula difahamkan menggunakan 1.5L Dual VVT-i dengan menyalurkan 104.6hp dan tork setinggi 138Nm. Kuasa itu disalurkan ke kotak gear D-CVT.

Kami menjangkakan, ia mungkin dilancarkan selepas Aidilfitri sama ada Mei atau Jun ini. Ia dilancarkan selepas produksi Alza generasi sedia ada ditamatkan pada April.

Harganya pula, kami jangka ia mungkin sama atau sedikit mahal dengan Alza yang sedia ada ketika ini yang dijual antara RM52,661 sehingga RM60,525. Pastinya, harganya tidak akan melebihi Perodua Aruz.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here