Kerajaan Itali rampas vila Nikita dan bapanya bernilai RM481 juta

36237

Itali merampas hartanah bernilai kira-kira 105 juta Euro (RM 481 juta) yang dimiliki oleh bekas pemandu Formula Satu Rusia, Nikita dan bapanya, Dmitrievich Mazepin.

Perkara itu didedahkan dua sumber polis kepada Reuters pada Isnin lalu.

Rampasan itu menyasarkan sebuah vila yang dikenali sebagai Rocky Ram yang terletak di utara pulau Sardinia, Itali.



Ia adalah sebahagian daripada usaha pihak berkuasa Itali terhadap golongan yang disyaki bersubahat dengan kerajaan Rusia, selain mahu menghukum negara itu kerana menceroboh Ukraine pada 24 Februari Lalu.

Sebelum ini, Mazepin dipecat pada Mac oleh pasukan F1 milik AS Haas dan dimasukkan dalam senarai sekatan EU bersama bapanya, Dmitry.

Malah, menurut jurnal rasmi EU, Dmitry dikatakan sebagai seorang daripada golongan rapat Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Tekan pautan di bawah untuk baca artikel berkaitan:

>>Kerana warga Rusia, pemilik Chelsea dikenakan sekatan perjalanan dan kapal layar bakal dirampas

>>Ketua jurutera Ukraine tenggelamkan kapal layar mewah individu penting Rusia

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here