Lompat atas kereta, pejalan kaki ‘hilang’ lepas kemalangan

1303

Polis sedang mengesan seorang pejalan kaki lelaki yang menghilangkan diri selepas terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Goh Hock Huat, Klang, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, kejadian tersebut tular di sebuah laman Facebook persatuan penduduk semalam.

Siasatan mendapati seorang lelaki yang memandu kereta itu tampil membuat laporan polis mengenai kemalangan berkenaan, kira-kira pukul 12.08 tengah hari, 7 April lalu.



 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

“Berdasarkan laporan, seorang lelaki tidak dikenali yang berada di tengah jalan tiba-tiba melintas dan terus berlari melompat ke arah cermin depan kereta tersebut.

“Sejurus kemalangan, pengadu memaklumkan kepada pejalan kaki itu bahawa keretanya mempunyai rakaman kamera papan pemuka lalu lelaki berkenaan terus beredar dengan hanya cedera ringan,” katanya.

Pencarian lelaki itu dilakukan pihaknya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan klinik berdekatan.

“Namun, lelaki berkenaan didapati tidak menerima sebarang rawatan di mana-mana pusat perubatan.

“Selain itu, tiada saksi tampil bagi membantu siasatan setakat ini,” ujarnya.

Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here