Utama Berita Automotif Tiket laris, ketiadaan pemandu bas kritikal

Tiket laris, ketiadaan pemandu bas kritikal

1352

Syarikat-syarikat bas mungkin tidak dapat menawarkan khidmat bas tambahan menjelang sambutan Aidilfitri ini berikutan masalah kekurangan pemandu yang gagal diatasi sehingga ke hari ini.

Ini selepas 50 peratus daripada pemandu mereka terpaksa diberhentikan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan rentas negeri pada 2020 dan tahun lalu.



Pengerusi Sekretariat Gabu­ngan Bas Malaysia, Thiagarajan Renganathan berkata ramai pemandu bas yang beralih kepada pekerjaan lain.

“Jualan tiket bas terutamanya ke kawasan pantai timur agak memberangsangkan namun dari segi penyediaan bas agak kurang sebab kita kurang pemandu.
 
“Jadi syarikat bas hanya mampu menggunakan bas sedia ada yang mempunyai pemandu bagi pergerakan sempena musim perayaan,” katanya.
 
 
Sebahagian besar pemandu bas beralih pekerjaan sebagai pemandu lori disebabkan beberapa industri yang kurang terjejas sewaktu PKP.
 
“Biasanya musim perayaan ini lori kurang bergerak, jadi mereka pun boleh cuti ketika musim perayaan.
 
“Tak sama seperti bas terutamanya musim perayaan yang menerima permintaan tinggi jadi nak cuti mungkin susah,” katanya.
 
Tidak ketinggalan, beberapa pengusaha syarikat bas yang mungkin telah berputus asa untuk meneruskan perniagaan berikutan tamparan hebat sewaktu tempoh PKP menyebabkan mereka tidak lagi mampu bertahan.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here