Kempen #drivesafenoregrets dapat sambutan penduduk Lembah Pantai

595

Kempen #drivesafenoregrets Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela secara percuma bagi pemilik kenderaan persendirian di kawasan Lembah Pantai hujung minggu lalu.

Kempen anjuran DRB-HICOM dengan kerjasama PUSPAKOM itu adalah bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Pemeriksaan itu menjangkaui sasaran apabila 44 buah kenderaan hadir menjalani pemeriksaan oleh PUSPAKOM. Malah, pemeriksaan yang lebih dikenali sebagai VVI (Voluntary Vehicle Inspection) terpaksa dipanjangkan selama satu jam untuk memenuhi permintaan.



Kempen VVI percuma ini membabitkan 25 item pemeriksaan iaitu brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, ketelusan cahaya cermin dan lain-lain lagi yang bertujuan memastikan tahap kondisi kenderaan adalah selamat untuk dipandu.

Inisiatif itu satu daripada komitmen  dan  tanggungjawab  korporat  DRB-HICOM dalam usaha meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan bagi memastikan ia selamat berada di atas jalan raya khususnya ketika musim perayaan.

Sambutan memberangsangkan daripada penduduk Lembah Pantai membuktikan bahawa orang ramai mula sedar dan mengambil berat akan peri pentingnya keadaan kenderaan mereka bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Penduduk Pantai Dalam, Ayob Ramli, 52 tahun mengucap berterima kasih kepada DRB-HICOM dan PUSPAKOM kerana menganjurkan perkhidmatan VVI secara percuma yang diadakan di lokasi penduduk kerana ia sangat memudahkan urusan beliau.

“Kehadiran unit pemeriksaan bergerak PUSPAKOM memudahkan kami untuk mengetahui secara telus kondusi dan masalah kereta kami.

“Kempen sebegini, diharapkan kadar kemalangan yang boleh mendatangkan kecederaan atau meragut nyawa di jalan raya dapat dikurangkan”, katanya.

Sempena Ramadhan, DRB-HICOM turut menganjurkan program-program kemasyarakatan lain di sekitar Lembah Kelang seperti pengagihan makanan percuma kepada mereka yang kurang bernasib baik dengan kerjasama Warung Makan Sahabat yang terletak di Chow Kit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here