Iklan ‘ready stock’ Perodua Ativa, bila pembeli tanya SA melenting pula!

8347

Kehadiran Perodua Ativa mendapat sambutan hangat bahkan tempoh menunggu agak panjang sehinggakan ada dalam kalangan pembeli terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendapatkan varian pilihan.

Seorang pengguna akaun Facebook dengan nama Wany Sharan berkongsi rasa kecewa di grup Ativa Club Malaysia apabila pembantu jualan Perodua bersikap tidak profesional ketika dia bertanyakan tentang iklan SUV tersebut di Mudah.my.



Jelasnya pembantu jualan tersebut memuatnaik iklan yang menyatakan ‘ready stock’ Perodua Ativa. Menerusi perkongsian perbualan aplikasi Whatsapp, penjual berkenaan seolah memerli pelanggan tersebut.

“Ativa tiada cik, semua kena masuk booking, awak pergilah seluruh Malaysiapun takda,” balasnya. 

Pembeli berkenaan mengajukan soalan tersebut kerana ingin membeli secara tunai namun kecewa dengan layanan yang diterima. Di samping itu, seorang ahli grup turut berkongsi nasib yang sama.

“Baru terkena juga semalam, bukan main lagi mention kat DB siap caps lock bagitau READY STOCK. Bila kita tanya, nafikan pulak ada mention ready stock. Bila kita screen shot bagi dia pastu dia spin lagi cakap tu post lama adoii. Pastu kita SS lagi yang post dia last week dia bagitau kita tak perasan dekat tulis ready stock tu ada,” tulis Fatin Hanani Safri. 

Selain itu, di ruangan komen seorang pembantu jualan Perodua memberitahu buat masa ini tiada stok sedia ada Ativa yang mana pembeli perlu menunggu dan mengikut giliran.

“Kalau ada AS cakap ready stock jangan mudah terpengaruh, dan kalau yang dah booking di mana-mana Perodua, harap menunggu giliran,” jelasnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada ahli grup antaranya:

“Mungkin ready stock untuk barisan tempahan kot. Tapi takkan seller nak bubuh kat posting ‘kereta tiada stok’ kang orang tak bertanya pula. Mana-mana brand kereta memang tiada ready stok. Ada stokpun paling cepat dapat sbulan lebih. Takdanya hari ni loan lulus, esok dapat kereta. Keta jadi lambat sebab brand permintaan ramai, bekalan chip pun berkurang sebab covid tahun lepas.”

“Mungkin dia dah update lama kat Mudah.. Tengok tarikh post tak?.”

“Seluruh Malaysia?? Kenapa harus mention seluruh Malaysia? Macam kasar betul baca.. biarpun baca guna lututpun tetap bunyi macam kasar..Budi bahasa budaya kita delang..”

“Mmg cam tula iklannya..nak buat macam mana.”

“Dye tipu tu…tenfok dekat sg Choh Perodua adaje stok.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

1 KOMEN

  1. pendapat saya, mungkin SA tu buat iklan lama, kemudian dia dah terlupa. ada pelanggan pulak share, kemudian ditanya, masa tak ada plak ready stock. dah byk sgt kot SA tu jual. jgn marah² nnt kena jual

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here