Terlalu ‘real’ mirip jet SR-72, satelit China ‘intip’ jet hipersonic Darkstar filem Top Gun

6875

Kenyataan mengejutkan ini dikongsi oleh pembuat filem dan penerbit Top Gun, Jerry Bruckheimer.

“Tentera Laut memberitahu kami satelit China berpusing dan bergerak ke laluan berbeza untuk mengambil gambar pesawat itu. Mereka anggap itu adalah pesawat sebenar kerana rupanya,”  kata Bruckheimer kepada Sandboxx News.



Jet hipersonik Darkstar yang digunakan dalam filem aksi Top Gun itu bukanlah seperti pesawat prop biasa lain yang direka untuk filem Hollywood dan jauh lebih realistik. 

Bahkan pihak penerbit bekerjasama dengan Skunk Works, Lockheed Martin Corporation untuk mereka dan menghasilkan contoh skala penuh jet hipersonik yang diluluskan oleh Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lockheed Martin, James Taiclet.

“Sebab kami mendekati Skunk Works kerana saya mahu membuat pesawat hipersonik yang paling realistik yang kami boleh. Malah, seperti yang anda lihat, kami membinanya secara berskala penuh dengan kerjasama mereka,” katanya. 

Model konsep SR-72 yang dikatakan mirip jet yang digunakan dalam Top Gun.

Darkstar dalam filem lakonan Tom Cruise itu memiliki persamaan yang ketara dengan imej bayangan hipersonik SR-72 Lockheed Martin yang lama ditunggu. 

Pesawat yang digelar sebagai ‘Son of Blackbird’ itu merupakan model konsep hipersonik UAV Amerika untuk tujuan risikan, pengawasan dan tinjauan yang dicadangkan pada 2013 oleh Lockheed Martin sebagai pengganti Lockheed SR-71.

Syarikat itu menjangkakan ujian penerbangan SR-72 boleh dijalankan menjelang 2025. Kerana rekaan bentuk pesawat fiksyen yang kelihatan asli itu membuatkan China terpedaya.

Skunk Works memiliki kepakaran dalam mereka bentuk pesawat tentera selama beberapa dekad. Ini termasuk pesawat operasi pertama di dunia, F-117 Nighthawk, dan jet pejuang stealth, F-22 Raptor.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here