Syarikat EV baharu China ‘copy ori’ reka bentuk kereta Mr Bean

1556

Satu lagi jenama automotif barat menjadi mangsa plagiat syarikat kereta China. Selepas Chevrolat Corvette dan Volkswagon Beetle, kini model Mini klasik pula menjadi mangsa ‘copy ori’ sebuah syarikat kenderaan elektrik (EV) China.

Kereta comel EV China itu meniru hampir keseluruhan imej retro kereta klasik yang digunakan Mr Bean itu. Bahkan, nisbah ukuran, padanan bampar krom, cermin dan pengelap cermin juga mirip.

Bahagian antena juga masih menggunakan penggayaan old skool dan bentuk rim juga tidak diganti dengan versi yang lebih terkini. Namun, terdapat beberapa perbezaan tentunya pek bateri di bawah lantai kenderaan.



Reka bentuk Mini EV klon itu dipatenkan di China pada Jun tahun lalu. Syarikat yang memfailkan paten itu ialah sebuah syarikat pakaian baharu yang tidak dikenali bernama Beijing Esch Technology Co. Ltd.

Jadi BMW kehilangan hak reka bentuk Mini klasik di China. Sebagai makluman, GWM dan Mini bekerjasama mengeluarkan kenderaan Mini elektrik untuk pasaran China. Cuma saiz kereta Mini itu lebih besar. Menariknya, GWM juga merupakan pemilik jenama ORA yang mengeluarkan klon Beetles.

Pendaftaran syarikat awam mendedahkan bahawa syarikat pakaian itu disokong oleh dua syarikat reka bentuk dan kejuruteraan IAT Automobile Technology (IAT) dan pereka kustom SUV yang popular, Karlmann King. 

Bagaimanapun, Mini EV itu masih tiada nama rasmi dan menerusi imej berkenaan boleh dilihat motor elektrik terletak di depan dan bonet sedikit rendah berbanding model asli. 

Ia juga didatangkan dengan lampu kecil tahun 1960-an pada sisi pemegang nombor plat. Port pengecasan tersembunyi di sebalik penutup bahan api lama pada fender kiri belakang. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here